PANTANG TRADISONAL vs MODERN

Topik pantang bagi aku agak sensitif kalau nak dibincangkan. Sebabnya ia macam dah sebati dalam masyarakat kita walaupun tahun 2020 dah hampir sampai ke penghujungnya kurang 5 bulan lagi. Maksud aku, wlupun peredaran zaman dah makin modern dan maju tapi rata-rata kita masih memilih utk ‘ikut’ saja tradisi berpantang tradisional nenek moyang kita dulu kala. Tak salah nak ikut, tapi biarlah dengan ilmu. Zaman sekarang, doktor bukan lagi ekslusif yang kita hanya boleh berjumpa di hospital, tapi sekarang semuanya di hujung jari bila kita boleh mencedok ilmu yang hampir setiap hari dikongsikan oleh para doktor dari pelbagai bidang kepakaran di media sosial (facebook, Instagram, twitter, YouTube dll)

Mereka ini bukan membuat andaian sendiri, sebaliknya berdasarkan perkembangan ilmu, kajian demi kajian, penyelidikan dan semuanya berdasarkan fakta tepat. Jadi, aku memilih untuk menambah lebih pengetahuan dgn cara follow rapat-rapat pakar pakar perubatan ini dan meneliti setiap satu perkongsian mereka supaya aku dapat praktikkan ilmu berpantang dgn cara yang betul.

Pantang Cara Aku

Pantang bagi aku cukup dgn rehat sekejap dari kerja-kerja rumah yg biasa kita orang perempuan buat waktu sihat supaya luka bersalin cepat recover. (Kdg langgar jugak sbb aku jenis yg tak tahan tgk bersepah depan mata 😂) Rehatkan diri dari buat kerja berat tak bermaksud aku tak berjalan guys. Husband aku mmg selalu ingatkan aku supaya rajin bangun dan berjalan at least sekitar bilik dulu (hari awal lepas ceaser) untuk elakkan darah beku.

Dan tentunya aku memilih utk makan apa saja dari sumber makanan berkhasiat (telur, ayam, ikan, daging, ikan bilis, segala jenis sayuran & buah-buahan) and elak makan makanan yang badan aku mmg ada kesan lepas makan waktu sihat mcm mee kuning, pulut, cempedak, kobis (biasanya mkn perut kembung). Minum banyakkk air tu wajib tapi aku tak hadkan kepada air kosong semata-mata. Kalau waktu biasa aku tak gemar air manis, tapi dalam tempoh pantang aku ambil juga sekali sekala contohnya waktu sarapan atau minum petang.

Antara menu berpantang aku kali ni termasuk nasi goreng USA, subway, nasi lemak, nasi ayam, bihun sup, bihun goreng, bubur nasi, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, sandwich dll.

Aku pantang jugak dari angkat barang-barang berat ya.

Segala pati gamat, ikan haruan yg orang kata bagus untuk cepat sembuhkan luka memang aku tak makan.

Satu lagi, aku tak pernah telan jamu seumur hidup aku. Param pilis seingat aku sekali je pernah MIL aku pakaikan dulu, tp sumpah busuk gilerrr sampai husband aku tak bagi aku pakai dah lepas tu 😂 dia nk peluk pun tak lalu haha!

Pantang hubungan kelamin dlm Islam sampai habis darah nifas je. Tapi nak pantang sampai 100hari pun terpulang lah guyss 🤗 asalkan suami redhaaa. Aku? Biarlah rahsiahh haha..

Biarlah apa orang nak cakap, yang penting aku tahu apa yang aku buat.

Cukup cukuplah nak kecam org lain yang tak ikut cara berpantang tradisional. Minum air pun kena bersukat, makan pun terhad pilihannya. Mana nak datang susu yang berkualiti untuk baby?

Bagi aku senang je. Mana yg baik kita ikut, yg mana kita rasa ada ralat terpulang pada diri sendiri utk memilih 🤗

Walaupun aku pilih berpantang cara moden, aku tak pernah tinggalkan mandian herba sepanjang tempoh berpantang. And aku tetap bertungku guyss 🤗😁

Praktikal dgn ilmu.
Ilmu Allah maha luas.

So guys, berapa hari nak pantang? 30hari, 44hari atau 100hari? Dari mana asalnya semua tempoh yang dicadangkan ni?

XOXO

Leave a comment