Pernah dengar skim Full Paying Patient (FPP) tak? Antara hospital yang tawarkan FPP ni termasuklah Hospital Serdang, Hospital Putrajaya & Hospital Sg. Buloh.
Disebabkan pengalaman aku adalah FPP di Hospital Putrajaya, so meh kita fokus satu hospital je.
Kalau sebelum ni masa 1st and 2nd pregnancy aku tak pernah terfikir nak ‘memilih’ atau dalam erti kata lain nak amek kisah sgt dekat mana nak bersalin tapi tak untuk 3rd pregnancy ni. Dulu aku sejenis yang nak follow the flow saja. Mungkin jugak takde ilmu, tapi kali ni aku terasa sgt penting untuk memilih doktor pakar yang akan conduct delivery nanti. (Waktu aku menulis ni aku dah selamat bersalin)
Dengan bajet yang ada, semestinya FPP menjadi pilihan. Sebabnya dah lah boleh pilih doktor pakar, harga pulak affordable bagi aku. Mana nak dpt kalau dekat hospital swasta dgn rate antara RM3-4k kan..

So nak jadi cerita, lepas husband aku cadang FPP di HPj aku terus iyakan saja. Asalkan doktor yg akan potong perut aku nanti bukan MO. Taknak la cincai boncai je jahitnya nanti..dah la ni kali ke-3 ceaser aku, harapan mesti la nak yang terbaik.
Dapat date untuk 1st appointment dgn Dr. Hazim, aku and husband dh happy + bersyukur. Masa tu kandungan aku dah masuk 33weeks.

Sampai sana, first thing yang husband aku kena buat adalah buat bayaran RM235 dekat kaunter Unit Hasil. Lepas buat payment baru lah boleh mendaftar di klinik O&G. So dah daftar, mcm biasalah..kena cek urine, BP and timbang berat. Masa menunggu giliran utk masuk jumpa doc baru la kami sempat google cari review pasal FPP dekat HPj. Alamak! 1st review dah buat aku nervous. Walaupun jelas dekat muka aku panik lepas baca, husband aku masih tetap positif. Cuba cari review lain lagi. Aduhh..pun lebih kurang jugak ceritanya. “The invisible Dr. Hazim” Tapi bila husband aku tunjuk yg beliau lulusan UKM, nervous aku mcm hilang sekejap. Masa menunggu almost 3hours. Dekat 1pm jugak baru nama aku dipanggil. Expected suami aku ikut masuk sekali, tp rupanya aku je dpt masuk sorang dlm bilik doc. And surprisingly, baru tau je Dr. Hazim MC hari tu and digantikan dgn Dr. Elynda. Aku macam…..What?? Tapi sbb time tu aku agak nervous (maklum laa ruang sosial aku agak kecil sejak jadi housewife ni so ketaq dia tu lain sikit bila jumpa org tertentu) so aku jadi terdiam je. Lepas go through buku pink aku 2-3 minit, doc terus mintak aku baring utk buat ultrasound. Scan biasa je tgk kedudukan baby, berat and sukat air ketuban. Bagi aku takde bezanya dgn check up biasa dekat klinik kesihatan. Lagi pulak baru je dalam 2-3 hari lepas doc KK buat scan. Habis scan, Dr. Elynda just bagi next TCA utk jumpa Dr. Hazim lagi 2 weeks sbb dia concern baby kecik (1.7kg time tu) and takut terbersalin awal sbb kepala baby dh dekat bawah. Aku mintak nak book date bersalin pun xdapat and doc mintak dtg lg 2 minggu baru bincang. So, keciwa la suami aku sbb selagi tak confirm tarikh susah la dia nk mintak cuti.
Cerita nx appointment pulak aku terconfuse antara 4/7 atau 6/7 sbb kad klinik tercicir sampai sudah xjumpa. Maka call lah kami laki bini utk confirmkan semula tarikh tp malangnya susah rupanya nak call HPj ni. Mintak sambungkan ke klinik pakar, bunyi berdering tapi tak berjawab. Banyak kali call. Berapa hari kami try lagi. Still tak dpt.. so kami decided utk terus pegi 6/7 (Isnin). Flownya sama je cuma bayaran hari tu murah sikit RM135 + RM45 (baru dimaklumkan ada outstanding balance masa 1st appt).
Walaupun kami sampai awal 8am tapi still waktu menunggu makan masa lebih 2jam 😩 Jururawat masyarakat (JM) yg in charge bilik Dr. Hazim bgtau doc biasa sampai 10-10.30 so dia cadang kami pegi breakfast dekat kafe dulu. Kami menunggu sampai 10.40am tp nama aku masih belum dipanggil. So, aku masuk bertanya bila akan sampai giliran aku atau dh terlepas sebenarnya. Lepas tnya nama aku, JM tu bgtau lepas ni. Jumpa dgn Dr. Elynda. Kau rasa? Ni kali kedua appointment tapi kau masih tak dpt jumpa doc yg akan akan conduct delivery kau nanti. Aku mcm terkejut and spontaneously aku argue dekat JM tu kenapa Dr. Elynda? Appt kali ni nak jumpa Dr. Hazim utk discuss date bersalin and ada beberapa benda penting yg kami nak kepastian dari beliau. Kenapa dari awal kami sampai td dia tak inform Dr. Hazim takde? Tapi jawapan balas (aku belum habis cakap tapi dia dah pangkah cakap aku) dgn nada tinggi JM tu buat aku rasa tak selesa (jujurnya aku rasa sedih kot sbb mcm kena marah..ibu mengandung, sensitifnya lebih)
“Puan, puan jangan ingat puan amek FPP puan akan dpt doc yang puan nak ye! Dekat sini siapa yang available akan ganti doc yang takde. Kalau nak pilih doc puan blh bersalin dekat hospital swasta”
Gulp! Maksudnya takde jaminan pun Dr. Hazim yang akan buat ceaser nanti. So apa point amek FPP? Pemilihan doc dibuat atas cadangan, review, pandangan yang bagus tentang cara kerja, kekemasan jahitan dll yg berkaitan.
So lepas aku cerita semua yang jadi husband aku terus angkat kaki ajak keluar. Awalnya kami reschedule ke tarikh lain utk jumpa jugak dgn Dr. Hazim, tp tengah berjalan keluar tu husband aku agaknya masih tak puas hati bini dia kena marah tadi terus je cakap “tak payahlah bersalin kat sini yang!” Terkejut jugak husband aku buat keputusan last minute mcm tu. So kami pegi kaunter Unit Hasil sekali lagi mintak refund. So dapatlah balik RM135 tadi sbb tak sempat jumpa doc pun kan.
Sambil berjalan ke area car park, husband aku terus call hospital Umra tanya tentang pakej bersalin kat sana. Hari yang sama kami terus gerak ke Shah Alam utk 1st appointment di Umra.
Overall sepanjang 2x appointment melalui FPP Hospital Putrajaya, bagi aku memang agak kecewa dgn servis berbayar dekat sana. Berbayar, tapi lagi tip top servis di klinik kesihatan guyss. Staff KKM jugak tapi berbeza cara layanan kepada kita. Melalui FPP HPj, timbang pun buat sendiri. Staffnurses hanya duduk dekat kaunter tanya berapa berat lepas timbang. Layanan pun hambar, tak mesra pelanggan langsung. Muka serius sambil masing2 pegang handphone (2 org staffnurse kaunter depan)
Satu lagi, masa menunggu bagi aku terlalu lama. Dtg awal ke, dtg lambat ke masanya tetap sama lebih 2 jam menunggu. Jumpa doktornya sekejap sgt kurang lebih 10minit je. Charge consultation saja RM130. Scan biasa pun charge RM150. Agak mahal dgn servis hambar yang tak berbaloi bagi aku.
Ni bukan pertama kali aku guna perkhidmatan kesihatan swasta. Lagi murah and bagus servis di UKM Specialist. Consultation pakar sgt berbaloi compare FPP ni. Serius!









